Ahad, 22 Julai 2012

Leek Masak Lemak

1 batang leek -- hiris sederhana tebal batang leek
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
200 gm cendawan kering - rendam dalam air sehingga lembut, dipotong kecil
200 gm pucuk tauhu --rendam dalam air sehingga lembut, dipotong kecil
300 gm baby lettuce - kerat 3
2 cawan air
2 kiub pati ayam
1/4 sk tepung jagung
1 sk lada sulah
1/2 sk garam
1 1/2 cawan santan

Dalam peiuk panaskan sedikit minyak masak. Masukkan leek, bawang besar dan bawang putih yang dihiris hingga lembut. Masukkan air, kiub ayam, lada sulah, garam, dan tepung jagung. Biarkan menggelegak. Masukkan cendawan dan pucuk tauhu. Kacau sekejap. Masukkan santan dan baby lettuce. Biar masak seketika. Hidang.