Sabtu, 6 Disember 2008

Agar2 Kering


Bahan-bahan:

1 tahil agar-agar
1 1/2 mangkuk air
2 kati gula pasir
1/2 akti gula batu
sedikit pewarna merah, hijau & kuning
sedikit esen
ros dan oren

Peraturannya:

Agar-agar basuh. Masak dengan air sampai hancur. Apabila hancur masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sampai hancur. Apabila sudah hancur kecilkan api sedikit. Masaklah sampai pekat. Jika disudu dicurah seperti benang, angkat. Tuanglah kedalam dua atau tiga bekas. Bubuhlah warna merah, hijau, kuning. Jika suka bubuhlah sedikit perasa oren dan ros atau sebagainya. Apabila sejuk teraplah dengan acuan dan jemur.

Tiada ulasan: