Isnin, 12 Januari 2009

PENGAT UBI KELADI & PISANG

Bahan A.

500 gm Ubi Keladi - kupas kulit dan potong kiub besar lalu kukus/rebus lembut
6 biji Pisang / 10 biji Pisang Emas - potong dua
1/2 cawan Sagu putih - rendam 1/2 jam & tos
3/4 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Air

Bahan B.

2 helai Daun Pandan
1 cawan Santan
2 cawan Air
1/2 cawan Susu Cair
1 sudu teh Garam

CARA-CARA

1. Rendam sagu 1/2 jam & toskan
2. Kukus ubi keladi / rebus lembut & toskan air
3. Dalam periuk, masukkan gula pasir dan ½ cawan air, biar cair, masukkan pisang yang dipotong dua. Biar lembut
4. Masukkan sagu dan kacau sebati.
5. Masukkan santan dan 2 cawan air serta garam dan susu cair.Kacau dengan api perlahan.
6. Hampir didih, masukan ubi keladi dan daun pandan, kacau lagi perlahan-lahan
7. Bila mula mendidih, angkat dari api.
8. Hidang ketika panas.

Tiada ulasan: