Selasa, 1 September 2009

SERI KAYA (Org Kelantan panggil Nasi Kaya)

Bahannya

1 1/2 kerek gula melaka
3 cawan air
3 helai daun pandan
6 biji telur
1 biji bunga cengkih
sedikit bikabornat soda
sedikit garam

Caranya

Masak dalam periok air, gula melaka dan daun pandan hingga larul gula melaka. Biarkan sejuk. Dalam mangkuk pukul telur dengan bahan-bahan lain hingga kembang. Masukkan air gula yang telah sejuk tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan. Kemudian kukus hingga masak.

* Resepi dari Che Ros, Wakaf Bharu, Kelantan.

Tiada ulasan: