Selasa, 16 Disember 2008

Biskut chocolate chip

400 gm tepung halus
190 gm mentega
280 gm gula halus
1 camca teh garam
2 camca teh kopi segera dibancuh dgn 2 camca teh air panas
2 biji telur
1 camca the soda bikarbonat
1 cawan choc cip (byk pon takpe)
1 camca teh esen vanilla

Cara memasak:
1. Mentega, gula, garam, esen vanilla dan telur dipukul hingga kembang
2. Masukkan tepung dan soda bikarbonat (yang sudah di ayak). Gaul hingga sebati. Masukkan bancuhan kopi segera.
3. Masukkan choc chip, gaul sebati
4. Bakar dalam suhu 180 Darjah Celcius selama 14 minit.

p/s: Thanx to Milah..

Sabtu, 6 Disember 2008

Chiffon Orange

Bahan A:
6 biji putih telur
3 sudu besar gula

Bahan B:
6 telur kuning telur
3 sudu besar minyak jagung
3 sudu besar sunquick
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung gandum
sedikit garam

Pukul bahan A hingga kental.
Kacau bahan B hinga sebati.
Campurkan tepung dan garam.
Masukkan B kedalam A dan kacau.
Bakar dalam acuan Chiffon tanpa disapu minyak selama 45 minit dalam suhu 180C/350F.
Sebaik masak, terbalikkan acuan supaya kek tidak turun.

*Recepi dari Umi Long, Wakaf Bharu, Kelantan.

Puding Telur

10 biji telur
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil air
Gula hangus atau gula merah

Pukul semua bahan kecuali gula merah hingga sebati. Masukkan gula merah kedalam acuan. Masukkan bahan campuran perlahan-lahan. Kukus sehingga masak.

(Additional untuk lebih mantap: 2 sudu besar tepung kastard)

Agar2 Kering


Bahan-bahan:

1 tahil agar-agar
1 1/2 mangkuk air
2 kati gula pasir
1/2 akti gula batu
sedikit pewarna merah, hijau & kuning
sedikit esen
ros dan oren

Peraturannya:

Agar-agar basuh. Masak dengan air sampai hancur. Apabila hancur masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau sampai hancur. Apabila sudah hancur kecilkan api sedikit. Masaklah sampai pekat. Jika disudu dicurah seperti benang, angkat. Tuanglah kedalam dua atau tiga bekas. Bubuhlah warna merah, hijau, kuning. Jika suka bubuhlah sedikit perasa oren dan ros atau sebagainya. Apabila sejuk teraplah dengan acuan dan jemur.

Chocolate Kek

3 cwn tepung gandum
2/3 cwn cocoa
2 sk baking powder
1 sk baking soda

*all the above diayak bersama

2 1/2 cwn gula halus
2/3 cwn margarine
1/2 cwn minyak
1 1/2 cwn susu cair + 1 cwn air (4 sb susu tepung)
4 biji telur
1 sk esen vanilla
secubit garam

To Prepare:

Cream margarine and sugar. Add in minyak, mix. Add egg one at a time and beat. Add vanilla and garam. Add dry item in between milk in small amounts and mix. Pour into baking tin. Bake till cook.